SELAMAT DATANG KE BLOG WARDEN ASRAMA

Saturday, February 28, 2009

Kes Buli pelajar Asrama

Utusan Borneo: 28.02.1009
Kes buli pelajar tersebar 10 pelajar sebuah sekolah menengah di Dalat disyaki terbabit dalam kes buli pelajar tingkatan 3 yang disebarkan dalam internet
MUKAH: Kes buli seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah ber-asrama di sini yang dibelasah oleh sekumpulan pelajar lain dari sekolah sama, menggemparkan penduduk di sini selepas klip video yang merakamkan kejadian itu disebar dan disiarkan dalam internet.
Insiden buli itu terbongkar dalam klip video selama 3.05 minit itu disiarkan menerusi laman web You Tube sejak kelmarin dan menyaksikan pelajar terbabit yang masih berpakaian seragam sekolah, dibelasah oleh sekumpulan pelajar lelaki dalam sebuah bilik asrama pelajar.
Dalam klip video berkenaan mangsa disepak, diterajang dan dipukul termasuk menggunakan cerek air. Walaupun mangsa cuba merayu namun tidak dipedulikan malah terus dibelasah tanpa belas kasihan. Kejadian dipercayai berlaku di bahagian ini dan perbualan yang terakam dalam video berkenaan menggunakan bahasa tempatan yang kurang jelas.
Malah laporan polis sudah pun dibuat oleh pelajar terbabit yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya di Balai Polis Dalat di sini pada jam 12 tengah hari, 23 Februari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Martin Khoo ketika dihubungi Utusan Borneo semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku pada minggu lepas.
Katanya, polis memandang serius kes dan penyebaran video klip berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh individu yang masih bergelar pelajar.
Martin berkata, kes dikategorikan di bawah Seksyen 323, Kanun Keseksaan dengan se-ngaja mendatangkan kecede-raan. Seramai 10 suspek yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 disyaki terlibat dalam kes buli tersebut.
Beliau memberitahu, kes itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum diambil tindakan susulan.
“Kita masih menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara dan akan bertindak secepat mungkin. Setakat ini, belum ada tangkapan namun saya ingin menegaskan, me-reka yang terlibat sama sekali tidak akan terlepas.
“Kita tidak memandang remeh kes seperti ini. Saya juga ingin mengingatkan orang ramai, jangan menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai,” katanya.
Ini merupakan kes buli pelajar yang pertama dilaporkan di negeri ini dalam tahun ini.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Mukah ketika diminta mengulas berhubung kejadian enggan memberikan sebarang komen.
Kata Pengetua:
1. Perkara begini boleh berlaku bila-bila masa. Selagi ianya tidak melibatkan kecederaan disebabkan oleh guru / warden, sekolah mudah memberi laporan. Dalam kes begini perkara yang akan ditanya ialah:
i. Adakah sekolah menyembunyikan kes?
ii. Peraturan asrama? Ada / tidak perhimpunan asrama? Ada / tidak perkara buli disentuh? Jadual lawatan warden ke asrama?
ii. Bagaimana kes disiplin ditangani? Apa SOP (standard operating procedure) bila kes begini berlaku?
iii. Kenapa warden tidak tahu awal? Dalam kes di atas, kes itu diketahui oleh kontinjen polis di Kuching (yang monitor internet) yang tahu awal dan melapor kepada PPS. Oleh itu, para warden harus sentiasa "memasang" telinga dan mengambil tindakan awal.
2. Dasar sekolah ialah, jika ada pelajar yang merasa dirinya jadi mangsa / cedera / berdarah - sekolah bantu pelajar untuk membuat laporan polis (kecuali ibu bapa membantah, dan secara bertulis). Dengan laporan tersebut, mangsa boleh mengambil tindakan selanjutnya. Jika dia tidak mengambil tindakan selanjutnya, itu adalah pilihannya.
3. Satu lagi dasar sekolah ialah, saya tidak akan menyembunyikan masalah begini semata-mata untuk menjaga nama baik sekolah. Tetapi, sekolah tidak juga minat untuk mengorek masalah. (contoh mengorek masalah: kalau kita suspect seseorang pelajar perempuan itu mewarnakan rambut, kita tidak perlulah meminta pelajar tersebut membuka tudungnya. Walau bagiamanapun, tindakan boleh diambil jika dia mewarnakan rambut dan membuka tudung.)-- Thank you. Wishing you a prosperous day.

Wednesday, February 25, 2009

mesyuarat warden ke-2 2009

Tarikh: 26 Februari 2009 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pusat Akses
Agenda:
1. Kata alu-aluan Encik Gladdy Peter Abdullah Penolong Hal-Ehwal Murid menangkap Pengerusi Lembaga warden
2. Kata-kata amanat Tuan Haji Rambli Zainudin, Pengetua SMK Serian
3. Pengesahan Minit Mesyuarat 1/2009.
4. Perkara-perkara berbangkit daripada minit 1/2009
5. Hal-hal lain.
Sila kemukakan cadangan untuk dibincangkan semasa mesyuarat.

Monday, February 23, 2009

SELAMAT BERSARA

BELIAU IALAH ENCIK MOHD AYUB @ HASSAN BIN SAIMI. MENDAPAT NAMA JOLOKAN SEBAGAI PANGLIMA DI KALANGAN RAKAN-RAKANNYA DI DAPUR. BELIAU SEORANG YANG CEPAT MESRA, PERAMAH DAN SUKA BERJENAKA. LAHIR 26 SEPTEMBER 1952. BELIAU MEMPUNYAI 6 ORANG ANAK DAN 3 ORANG CUCU. BELIAU MULA DILANTIK SEBAGAI TUKANG MASAK DI SMK SERIAN PADA 6 JUN 1973. BERTUGAS SEBAGAI TUKANG MASAK SELAMA 35 TAHUN. BERSARA PADA 26 SEPTEMBER 2008.








KAKITANGAN DAPUR-PENGENDALI MAKANAN



ENCIK ANWAR SOKIJO
(KETUA TUKANG MASAK)

ENCIK SUUT ZAINI

ENCIK DRAHMAN SAHAT

ENCIK ZAINUDIN SABIT

ENCIK PHILIP JIGANG

ENCIK DONALD @ MONIKA NAWENG

PUAN MARIAN JOHNY

PUAN AGUS

PUAN MASLIZA BINTI DAHLAN





PENYELIA-PENYELIA ASRAMA

ENCIK ABDULLAH JULAIHI
KETUA PENYELIA ASRAMA
PESANAN MAKANAN ASRAMA
ENCIK CLEMENT IBAU
KLINIK SEKOLAH
KESIHATAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR ASRAMA

PUAN ANNIE JAWA
BAHAGIAN LPO

Friday, February 20, 2009

VISI DAN MISI PENGURUSAN ASRAMA

  • Visi pengurusan asrama
  • Menjadi sebuah sekolah asrama yang terbaik dan ternama untuk menjadi pilihan masyarakat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah anak mereka.
  • Misi Pengurusan Asrama
  • Menjadikan asrama sebagai tempat penginapan yang selesa, kondusif, selamat serta sihat kepada semua penghuni asrama dengan konsep “asramaku rumahku”.
    Mewujudkan keharmonian dan perpaduan di kalangan penghuni-penghuni asrama yang berbilang kaum, keturunan dan agama.
  • Menjadikan murid-murid yang tinggal di asrama sebagai murid-murid yang berdisiplin, beretika dan berakhlak mulia yang mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Melahirkan murid-murid asrama yang berdaya saing tinggi sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.
  • Melahirkan murid-murid yang mengamalkan budaya ilmu serta berketrampilan dalam bidang kepemimpinan.

AHLI LEMBAGA WARDEN 2009



TUAN HAJI RAMBLI ZAINUDIN
PENGETUA
PENASIHAT

ENCIK GLADDY PETER ABDULLAH
PENOLONGKANAN HAL-EHWAL MURID
PENGERUSI
ENCIK ABDULLAH BIN RISAT
KETUA WARDEN
DISIPLIN
E-MEL: bedolana@gmail.com


ENCIK STANLEY ENCHAGAI
PENOLONG KETUA WARDEN
PENGAWAS ASRAMA
ASRAMA KENARI
DISIPLIN

ENCIK AHMAD JAIS BIN PI-IE
PENOLONG KETUA WARDEN
ASRAMA KENYALANG
DISIPLIN
ENCIK MUHAMAD AMIN BIN BACHO
SETIAUSAHA
ASRAMA KENYALANG
AKADEMIK

PUAN MENURA STEPHEN
SETIAUSAHA
ASRAMA SEROJA
E-MEL: SMMenura@gmail.com


ENCIK BUJANG SAILI SIRAT
ASRAMA CENDERASARI
PENGAWAS ASRAMA
AKADEMIK
E-MEL: bujangsaili@gmail.com

ENCIK MILTON JUNDE
ASRAMA CENDERASARI
KOKURIKULUM
E-MEL: miltonjunde@yahoo.com

PUAN LUCY JULIUS
ASRAMA MAWAR
DEWAN MAKAN
E-MEL: lucyjulius@yahoo.com

ENCIK JAMES BENL
ASRAMA KESUARI
PUAN CATHERINILA SIKUN
ASRAMA ANGGERIK
DEWAN MAKAN

PUAN REBECCA BAHA
ASRAMA ANGGERIK

PUAN TINA SUREP
ASRAMA KENANGA
KEBAJIKAN


ENCIK UDA MAREKAN
ASRAMA KENARI
E-MEL: uda9703@hotmail.com


ENCIK CLEMENT IBAU

KOKURIKLUM

E-MEL:

Tuesday, February 17, 2009

Blog Lembaga Warden Asrama

Assalamualaikum warahmatllahi wabarakatuh.

Blog ini diwujudkan bertujuan memaparkan segala perkara berkaitan dengan lembaga warden asrama dan pelbagai aktiviti penghuni-penghuni asrama. Beberapa gambar foto berkaitan aktiviti penghuni asrama turut dimuatkan untuk tatapan warga SMK Serian dan sesiapa sahaja pengunjung yang melayari blog ini. Sekiranya ada sebarang komen berkaitan blog ini, sila salurkan kepada: muhddamine@yahoo.com.sg

Komen yang membina amat dialu-alukan. Selamat berkunjung. Terima kasih atas kerjasama anda.